SINOPSIS BUKU TERKINI BULAN JULAI 2017 DI PERPUSTAKAAN INSPEN

1. Ledakan facebook   antara pahala & dosa

ledakan facebook022

Pengarang : Zaharuddin Abd Rahman

Penerbit : Batu Caves : PTS Islamika , 2012

Mukasurat : 170 ms

Sinopsis:

Zaman ini, Facebook digunakan di mana sahaja, di rumah, di pejabat, perniagaan kecil, besar, NGO, malah kerajaan sebuah negara juga menggunakan Facebook.  Daripada Presiden sebuah negara, Perdana Menteri, Artis sehingga pelajar sekolah sudah mahir menggunakan Facebook.

Cuma golongan yang masih kurang menggunakan Facebook adalah golongan agamawan.  Antara hujah yang diberikan :

  • Facebook adalah agenda Yahudi yang cuba menyesatkan umat Islam
  • Facebook ejen CIA
  • Facebook melalikan
  • Facebook mendedahkan diri kepada zina
  • Facebook mendedah aib diri sendiri
  • Dan banyak lagi

Benarkah dakwaan begitu?  Benarkah Facebook begitu jahat sehingga haram digunakan oleh umat Islam.  Tokoh terkenal, Dr. Zaharuddin Abd Rahman menjawab persoalan ini dengan hikmah dan rasional.

2.  50 idea ekonomi yang patut anda ketahui

50 idea ekonomi018

Pengarang : Edmund Conway

Penerbit  : Kuala Lumpur : Institut Terjemahan & Buku Malaysia , 2012

Mukasurat   : 212 ms

Sinopsis:

Buku ini tidak bertujuan untuk dibaca sebagai kisah yang bersambunagan : setiap satu daripada 50 idea ini mempunyai kewajarannya yang tersendiri, walaupun saya telah menekankan bahawa anda mungkin mendapat manfaat dengan melihat bab yang lain.

Setelah anda membaca sebahagian besar idea tersebut, anda akan dapat berfikir lebih kurang umpama seorang ahli ekonomi : untuk mencungkil persoalan tentang mengapa kita bertindak sedemikian ; menepis segala kewajaran yang konvensional ; memahami bahawa paling mudah dalam hidup kita pun sebenarnya lebih rumit daripada apa yang kita lihat – malah segala-galanya menjadi lebih indah kerananya.

3.  Apa saya perhatikan? 53 rahsia orang kaya terus kaya

Apa saya perhatikan027

Pengarang :  Syed Faiz

Penerbit : Kuala Lumpur :  Right Publication (Malaysia) , 2013

Mukasurat :  198 ms

Sinopsis :

Apa saya perhatikan? Menghimpun 53 kisah pendek yang sangat menarik tentang kehidupan orang yang berjaya, cara mereka berfikir, bagaimana mereka bertindak balas terhadap kehidupan seharian mereka.

Kekayaan sebenar mereka yang berjaya bukan disukat dengan banyaknya wang di atas meja, dalam peti besi atau dalam semua bank yang ada.  Penulis membawa pembaca mengembara ke dunia kanak-kanak, zaman sekolah, universiti dan alam pekerjaan yang pastinya sangat menarik.

Bahasa yang mudah dan santai digunakan buatkan pembaca sukar untuk berhenti membaca seolah-olah penulis sedang berkata-kata di hadapan pembaca.  Pengembaraan yang bakal buatkan pembaca tersentap minda untuk terus bertindak le arah kejayaan.

Apa yang saya perhatikan? Bakal menjadi satu koleksi buku kegemaran pembaca, buku yang membantu memberi inspirasi kejayaan semua.  Satu-satunya buku yang buatkan pembaca tersenyum sendiri dan terbangun daripada tidur walaupun tidak pejam mata

4.  Hidup kaya tanpa riba

Hidup kaya tanpa riba023

Pengarang : MohdNaharMohd Arshad

Penerbit : Kuala Lumpur : PTS Millennia , 2007

Mukasurat : 210ms

Sinopsis :

Hidup kaya tanpa riba ; Tentu anda ingin tahu

  • Benarkah orang Islam yang zuhud tidak boleh kaya?
  • Sekiranya kita ditakdirkan kaya, apakah ada hadnya?
  • Apakah strategi membina kekayaan tanpa mengenepikan prinsip-prinsip  Islam?
  • Bagaimana menyucikan kekayaan yang terbina dengan riba?
  • Siapakah tokoh jutawan muslim yang dapat dijadikan idola?

Walau siapa pun kita sama ada berjawatan tinggi ataupun sebaliknya, realiti sebenar bagi mendapatkan hidup yang sejahtera banyak bergantung pada asas pengurusan kewangan peribadi yang berkesan.                   Tanpa pengurusan kewangan peribadi yang berkesan, hidup kita terdedah kepada pelbagai risiko yang dapat menggugat kesejahteraan keluarga.  Oleh kera itu, pengurusan kewangan peribadi bukan lagi satu pilihan tetapi satu keutamaan yang perlu dikuasai.

Mengurus kewangan peribadi tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi dapat menjerumuskan kita le lembah masalah kewangan yang berpanjangan.  Oleh yang demikian, buku ini dapat membantu dalam memahami konsep pengurusan kewangan peribadi.

5.  Integriti dalam Islam

integriti dalam islam026

Pengarang : Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri

Penerbit  : Bandar Baru Nilai : USIM , 2007

Mukasurat : 97 ms

Sinopsis :

Buku ini memberi fokus berkenaan dengan isu integriti dari sudut pelaksanaannya, cabaran, halangan dan juga penyelesaian ke arah memantapkan piawaian perkhidmatan dengan cemerlang.

Dengan disulami dengan ayat Al-Quran dan hadis sebagai pengukuhan isu yang dibangkitkan di samping nilai-nilai murni yang diketengahkan.  Garapan seperti ini bertujuan memudahkan bagi pembaca mengambil inti pati, maksud dan juga kehendak yang baik dalam memahami isi integriti dengan lebih berkesan.

6. Wakaf menurut agama dan undang-undang

wakaf menurut agama & undang-undang019

Pengarang : Muhammad Abu Zahrah

Penerbit  :  Puchong:  Berlian Publications Sdn. Bhd. , 2007

Mukasurat : 604 ms

Sinopsis :

Wakaf menurut agama dan Undang-Undang ini adalah sebuah buku terjemahan daripada buku berbahasa Arab tulisan ulam terkenal, Muhammad Abu Zahar.   Menerusi buku ini beliau membincangkan selok-belok wakaf mengikut agama Islam (syariat) dan Undang-undang (buatan Manusia) di beberapa negara Timur Tengah, khususnya di Mesir dan Syria.

Sesuai dengan tajuknya, Wakaf, maka kandungan buku ini amat berguna bagi mereka yang ingin mendalami persoalan-persoalan yang berkaitan dengan wakaf.  Buku ini mengulas secara mendalam masalah-masalah wakaf, selain mengikut undang-undang Mesir, juga menerusi pendapat-pendapat ulama mazhab yang empat dan yang selainnya.

Memandangkan tidak banyak buku yang secara khusus membincangkan tentang wakaf secara terperinci dan mendalam, jesteru itu, buku ini kami percaya amat sesuai dibaca dan akan banyak membantu bagi mereka yang hendak mengetahui selok-belok wakaf dari segala aspeknya.

7. Life or debt

Life or debt020

Pengarang : Stacy Johnson

Imprin : New York  : Ballantinebooks, 2005

Mukasurat : 193ms

Sinopsis :

As creator of the hugely successful Money Talks television news series, Stacy Johnson has helped millions of people kiss their debt goodbye.  Now its your turn. In this focused, practical, inspiring book, Johnson shares the secrets of his amazing  program that will show you in just seven days how to win your financial freedom.  It all comes down to three basic principles : get rid of the debt that is shackling you, learn to live below your means, and start investing sensibly and consistently.  In life or debt, Johnson spells out exactly how to accomplish these goals in a step by step pelan that covers

  • How to calculate what you really earn, where your money goes, and how you can quickly convert debts to investments
  • How to quit “working” for credit-card companies and mortgage holders by reducing (or eliminating) you debt now
  • How to work out a simple budget that provides ample money for what you need and cuts out unnecessary expenses
  • How to melt away that mountain of debt by prioritizing which debts should be paid off first, and at what rate
  • The secrets of investing wisely and with minimum risk
  • 205 ways to save money – it really does add up!

Destroying debt does not mean radically changing your lifestyle or giving up the things you love.  The power to live without debt is yours – let Stacy Johnson and this revolutionary book help you unleash it now!

8.  Murtad jangan pandang sebelah mata

murtad jangan pandang sebelah mata024

Pengarang :  Ann Wan Seng

Imprin  : Kuala Lumpur : Must Read Sdn. Bhd. , 2009

Mukasurat : 172 ms

Sinopsis :

Murtad merupakan isu yang amat sensitif bagi umat Islam dan telah menimbulkan kegelisahan kepada masyarakat kita.  Kenapa? Mengapa dan salah siapa?

Murtad jangan pandang sebelah mata memberikan pelbagai gambaran daripada beraneka perseptif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang sedang kita hadapi.

Buku ini mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku.  Semoga buku ini boleh membuka minda umat Islam di Malay sia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murtad ini.

9. Pelajar bertanya Prof. Dr. Muhaya menjawab berkenaan dahsyatnya cabaran pelajar

Pelajar bertanya025

Pengarang : Prof. Dr. Muhaya Muhamad

Imprin : Kuala Lumpur  : PTS Profesional  , 2012

Mukasurat :  117 ms.

Sinopsis :

Dalam era serba moden ini, bergelar pelajar menuntut kekuatan dari pelbagai sudut.  Bukan sekadar mental, spiritual, dan emosi, malah fizikal juga perlu kuat.  Tiada individu yang terkecuali, tidak kira siapa pun dia.

Pelajar bertanya Profesor Doktor Muhaya menjawab diilhamkan daripada persoalan dan pengalaman yang diajukan kepada Prof. Dr. Muhaya, selama beliau berkhidmat sebagai Doktor sehingga sekarang.

Buku ini merangkumi aspek :

  • Pelajaran
  • Fesyen
  • Perhubungan
  • Kesihatan
  • Kewangan
  • Dilema dalam diri
  • Persahabatan
  • Politik
  • Disiplin

Dengan tagline “celik Mata, Reset Minda” Profesor Doktor Muhaya sentiasa menarik pra pendengarnya dengan kata-kata yang penuh inspirasi.  Bak sebutir mutiara yang bersinar, beliau tidak pernah jemu berbakti dan berkhidmat untuk masyarakat.

10.  The essentials of business etiquette

The essentials of business etiquette021

Pengarang : Barbara Pachter

Penerbit : New York : Mc Graw Hill , 2013

Mukasurat :  238 ms

Sinopsis :

Several years ago, I started a blog. This informal platform allows me to discuss or comment on the most up to date ideas and recommendations as they evolve from today’s business world.  Focusing on real-life examples, my blogs discuss what I have learned from people at all levels of business, from presidents of companies to young people starting out in their careers.

This book is compilation of my favorite blogs, current writings, and new essential tips chosen for their informative content and practical recommendations.  The business people I work with every day likethe timely commentary and suggestions the blog delivers, and many of them asked me to create an easy-to-read business etiquette guide for quick reference.

This book is divided into four sections and has 101 entries.  I recommend that you read just a few at a time, or find suggestions for  a specific problems by checking the contents. Think about the material carefully- pay attention to the points made, and consider whether you really are following the advice.

Barbara Pachter

from Blogger http://ift.tt/2tTb2ff

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s