SINOPSIS BUKU TERKINI BULAN JUN 2017 DI PERPUSTAKAAN INSPEN

1. Travelog Haji

travelog haji007

Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim i

Penerbit : Batu Caves : PTS Islamika, 2009

Mukasurat : 170 ms

Sinopsis:

Buku ini mengisahkan tentang pengalaman, pandangan dan catatan berkaitan dengan ibadah Haji yang telah dilalui oleh seorang insan.  Namun, ia dapat memberi manfaat kepada semua orang, ia boleh dilabelkan sebagai sebuah buku motivasi dakwah.  Benar, ia terhasil daripada pengalaman.  Ia catatan seorang manusia yang tidak berilmu tetapi diberi ilham olehnya.  Namun proses pencarian ini menghasilkan pelbagai pelajaran dan pengajaran yang turut disertai oleh ramai insan.  Logiknya, penghasilan buku ini menerima banyak sokongan dan bantuan.

2.  10 Amalan Murah Rezeki

10 amalan murah rezeki005

Pengarang : Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi

Penerbit  : Kuala Lumpur : Al- Hidayah , 2003

Mukasurat  : 153  ms

Sinopsis:

Rezeki sering kali ditafsirkan oleh manusia sebagai harta kekayaan, makanan ataupun keuntungan dari perniagaan.  Dalam pandangan masyarakat, gaji yang diperolehi dari bekerja juga di anggap rezeki.  Di dalam Al-Quran Allah membezakan antara rezeki dan harta kekayaan.  Di dalam  Al- Quran bahasa yang digunakan untuk harta kekayaan adalah “mal” yang disifatkan kadangkala membawa kebaikan juga kadang ada kalangan menimbulkan fitnah.   Sedangkan rezeki selalunya dijelaskan dan disifatkan termasuk apa sahaja yang diberikan Allah kepada makhluk.  Jika difahami secara mendalam “mal” yang bermakna harta kekayaan adalah sesuatu yang bersifat benda material, sedangkan rezeki adalah merangkumi makna yang luas.

Oleh sebab rezeki yang barakah adalah dituntut oleh Islam maka di dalam buku ini diberi garis panduan atau kunci untuk memperoleh rezeki.  Mudah-mudahan buku ini memberi manfaat yang bermakna di dalam kehidupan anda.  Insya Allah

3.   Add + Pahala delete – Dosa

Add pahala delete dosa002

Pengarang : Mohd Razali Kamarudin

Penerbit :P etaling Jaya  : Geleri Ilmu , 2014

Mukasurat : 360 ms

Sinopsis :

Add pahala delete Dosa adalah sebuah karya mengenai amalan dan ibadah yang ditujukan khas untuk pelajar dan golongan muda.  Perkongsian kisah dan tip yang tercatat di dalamnya mat membantu kita, yakni orang muda untuk terus beramal walaupun hanya dengan amalan-amalan kecil sekalipun.  Ia membantu kita untuk mengenal pasti adakah kita orang muda yang begitu bermotivasi dalam melakukan amal ibadah?  Atau adakah kita orang muda yang hanya melakukan amal ibadah secara bermusim atau orang muda yang malas melakukan amal ibadah?  Tepuk dada tanyalah diri.  Jawapannya ada dalam hatimu orang Muda!

4. Anda ingin menjadi seorang gentleman ?

anda ingin menjadi seorang gentlemen009

Pengarang : Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Penerbit : Bentong: PTS Millennia , 2005

Mukasurat : 212ms

Sinopsis :

Ramai lelaki ingin menjadi gentleman.  Golongan wanita inginkan lelaki yang gentleman.

Buku ini membongkar maksud gentleman yang harus dimiliki oleh setiap lelaki.  Menjadi gentleman bukanlah mudah.  Ia melibatkan etika, intelek, gaya dan personaliti yang menarik.

Buku ini mengandungi 63 tip yang dapat membantu individu menjadi gentleman.  Buku ini juga adalah wadah untuk menjadi gentleman yang berjaya.

5.  Berani Kaya Berani Takwa

Berani kaya, berani takwa010

Pengarang : Anif Sirsaeba

Penerbit  : Kuala Lumpur : Al_ Hidayah Publishers , 2008

Mukasurat :241 ms

Sinopsis :

Buku ini dari awal bab hingga akhir bab benar-benar memotivasikan anda untuk menumbuhkan keyakinan anda bahawa sesungguhnya anda pasti akan menjadi kaya-raya dengan petunjuk yang terdapat dalam Al-Quran dan As-sunah. Hebatnya lagi, keyakinan anda tentang kepastian kaya-raya itu tidak hanya ditumbuhkan, tapi anda juga di ajari bagaimana cara meraih kejayaan besar, kekayaan tanpa batas dan kebahagian tak terperikan, tidak hanya di dunia ini, tapi juga di Akhirat nanti.

5. Isu- isu dalam ibadat puasa

isu-isu dalam ibadat puasa004

Pengarang : Zulkifly Muda

Penerbit  : Putrajaya :  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia , 2009

Mukasurat :141 ms

Sinopsis :

Isu-isu dalam ibadat pusa merupakan sebuah karya yang ditulis khusus bagi menjawab permasalahan ummah mengenai ibadah puasa.  Menariknya, gaya penulisan buku ini berbeza dengan karya-karya yang lain dengan setiap tajuk yang dikemukakan, akan dihuraikan berdasarkan mas-nas syarak, latar belakang, nas dari sudut makna dan pengistinbatan hukum-hukumnya.  Bagi  mencapai kesempurnaan, beberapa pandangan ulama Islam daripada beberapa mazhab turut dikemukakan.  Topik perbincangan  adalah meliputi pelaksanaan ibadah puasa, masalah-masalah yang sering menimbulkan keraguan dan pertanyaan dalam melaksanakan ibadah puasa serta fenomena lupa semasa melaksanakan puasa hingga melakukan perkara-perkara yang di tegah seperti makan, minum, jimak dan sebagainya.

6.  Kewajipan mendidik hati

kewajipan mendidik hati011

Pengarang : Abdul Aziz Ismail

Imprin :Kuala Lumpur: Progresive Publishing House , 2006

Mukasurat : 197 ms

Sinopsis :

Buku ini mengemukakan persoalan bagaimana mendidik hati kita dengan memiliki sifat terpuji.  Persoalan ini adalah begitu penting di dalam ajaran Islam kita kerana seperti mana akidah, kita letakkan sebagai tunjang bagi keyakinan kita kepada Allah, manakala syariat adalah sebagai jalan untuk melaksanakan segala amal ibadah kita kepada Allah, maka akhlak pula adalah penghias diri kita.

Hati adalah satu kejadian Allah SWT yang sangat menakjubkan. Ia mempunyai pelbagai nama di dalam ajaran Islam. Di antaranya ia juga disebut Roh.  Ada juga yang menyebutnya jiwa.  Walau apa nama sekalipun, di dalam jasad kasar manusia ini, ia adalah satu kejadian yang sangat unik  dan sangat luar biasa.

8.  Q&A perihal puasa dan hari raya

Q&A perihal puasa dan hari raya006

Pengarang : Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar

Imprin  : Petaling Jaya  : Geleri Ilmu , 2015

Mukasurat :202 ms

Sinopsis :

Koleksi soal jawab yang ringkas dan mudah berkaiatan dengan ibadah puasa, zakat fitrah dan hari raya.   Soalan-soalan ini kebanyakannya adalah himpunan soalan yang telah di kemukakan oleh masyarakat dalam siri-siri kuliah dan ceramah penulis.  Wajar dimiliki oleh semua lapisan masyarakat, agar Ramadhan kali ini diisi dengan amalan yang benar dan yakin.  Antara persoalan menarik yang perlu anda tahu :

  • Apa kaitan puasa dengan kesihatan?
  • Adakah sah puasa kanak-kanak yang belum baligh?
  • Adakah niat puasa Ramadhan diwajibkan pada setiap malam?
  • Antara berpuasa dan berbuka puasa, mana yang lebih baik untuk musafir?.. dan banyak lagi

9.  Rahsia Mengurus Insurans Hayat

rahsia mengurus008

Pengarang : Sunthara Segar

Imprin : Kuala Lumpur  : PTS Profesional  , 2008

Mukasurat :  242 ms.

Sinopsis :

Ketahui petua-petua mengurus risiko peribadi dengan polisi insurans hayat supaya ia sama dengan tuntutan yang bakal anda peroleh dari syarikat insurans.   Pembaca juga didedahkan berkenaan cara merancang, memahami, dan memantau sendiri polisi insurans hayat yang dimiliki supaya ia menghasilkan kebaikan kepada diri sendiri dan waris.

Anda tidak akan memperoleh senarai syarikat insurans yang terbaik dan cara menjadi kaya dengan insurans.  Tetapi penu.is menerangkan cara memilih polisi yang sesuai, mengelakkan daripada terpengaruh dengan pujukan ejen insurans dengan membeli polisi yang tidak diperlukan dan sebab-sebab tuntutan tidak diluluskan

Turut disertakan cara mengira jumlah perlindungan asas yang diperlukan, insurans sebagai dana pendidikan juvenil, cara membuat aduan dan tuntutan serta panduan memilih penasihat insurans

10.  Keistimewaan dan keutamaan amalan-amalan di Bulan Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan003

Pengarang : Muhammad Uzair Al aziz

Penerbit : Kuala Lumpur : Dinie Publidhers, 2013

Mukasurat :159 ms

Sinopsis :

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang paling istimewa di antara bulan-bulan yang terdapat di dalam kalendar Islam.   Istimewanya bukan ini kerana di dalamnya penuh barakah, penuh rahmat dan bulan pengampunan.  Allah SWT menurunkan rahmat dan nikmat-nikmatnya yang melimpah ruah kepada hamba-hambanya.   Dibukakan pintu syurgadan ditutup pintu neraka.  Dibelenggu semua iblis dan syaitan lalu pintu taubat juga dibuka seluas-luasnya.

Maka beruntunglah bagi mereka yang mengambil kesempatan yang baik ini dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mencari keredaan Allah dengan sebanyak-banyaknya serta bertaubat memohon keampunan dari Allah di atas segala dosa-dosa.  Sebaliknya, rugi benarlah mereka yang lalai dan mempersia-siakan kesempatan yang berharga ini tanpa mahu mengejar den mencari kelebihan-kelebihan yang terkandung di dalam bulan Ramadhan.


from Blogger http://ift.tt/2r1HIki

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s