SINOPSIS BUKU TERKINI BULAN MEI 2017 DI PERPUSTAKAAN INSPEN

1.  Agar Tidak Pokai Lagi!

Agar aku tidak pokai lagi!178

Pengarang: Mohd Shafiee Ali

Penerbit : Seri Kembangan : Jootawan, 2015

Mukasurat: 122 ms

Sinopsis:

Baik pada zaman Babylon atau Millennium.  Menyimpan adalah perkara penting.  Tanpa menyimpan tidak akan ada wang yang berkepuk.  Tanpa wang yang berkepuk mana mungkin untuk kita melabur.  Melainkan anda adalah ‘Ayah’ kepada anak bernama Mohd Wang dan isteri anda ialah Puan Mesin Cetak Wang.

Buku ini menerangkan

  • Bagaimana betulkan persepsi mengenai wang
  • Cara menggunakan kaedah kewangan yang sesuai
  • Bagaimana anda boleh jadi “tuan Wang’
  • Cara bijak untuk berhutang
  • Teknik berkesan membuat tabungan
  • Langkah mengawasi penyebab pokai

2.  Bahagianya apabila zakatmu diterima Allah

Bahagianyaapabila zakatmu diterima Allah182

Pengarang : Fahrur Muis

Penerbit : Batu Caves : PTS , 2015

Mukasurat: 134  ms

Sinopsis:

Zakat adalah rukun Islam yang bersifat umum.  Di samping mengucapkan syahadah dan solat, barulah seseorang itu sah sebagai umat islam.  Dengan itu juga, keislaman mereka diperakui.  Persoalannya, pengetahuan kaum muslim perihal zakat pada umumnya terbatas pada zakat fitrah.  Zakat harta contohnya, masih banyak yang belum difahami.  Sedangkan zakat memainkan peranan penting dalam kehidupan, sama ada kepada pemberi, penerima, mahupun harta yang dizakatkan.

Oleh itu, bagi menjawab perihal ini , penulis membahaskan dari A sehingga Z tentang zakat dengan penyampaian yang mudah, praktikal, dan lengkap.  Buku ini adalah siri fiqh ibadah kedua selepas tajuk Bahagianya apabila Zakatmu di terima Allah.

Buku ini mudah, praktikal, dan lengkap kerana pada setiap pembahasan berkenaan zakat dijelaskan 10 perkara, iaitu definisi, syarat, hisab, dan kadar zakat.  Selain itu dinyatakan juga dalil, penjelasan, waktu mengeluarkan zakat, cara mengira zakat, contoh pengiraan zakat, dan soal jawab.  Tambahan pula, tulisan dalam buku ini juga mempunyai dalil dan bernas kerana semua pendapat disandarkan pada Al-quran, hadis, dan pendapat para ulama.  Semuanya disampaikan secara padat dan berisi.

3.  Creating innovators

Creating innovators181

Pengarang: Tony Wagner

Penerbit : New York : Scribner , 2012

Mukasurat: 288 ms

Sinopsis:

In creating Innovators, education expert Tony Wagner provides a powerful rationale for developing an innovation-driven economy.  He explores what parents, teachers, and employers must to do develop the capacities of young people to become innovators.  In profiing compelling young innovators such as Kirk Phelps, product managers for Apple’s first iPhone, and Jodie Wu, who founded a company that builds bicycle-powered maize shellers in Tanzania, Wagner reveals how the adults in their lives nurtured their creativity and sparked their imaginations, while teaching them to earn from failures and persevere.  Wagner identifies a pattern – a childhood of creative paly leads to deep-seated interests, which in adolescence and adulthood blossom into a deeper purpose for career and life goals.  Play, passion, and purpose; these are the forces that drive young innovators.

4.  Formula luas rezeki

Formula luas rezeki185

Pengarang : Mohd Zulfadhli Abd Nasir

Penerbit : Shah Alam : Group Buku Karangkraf Sdn Bhd. , 2015

Mukasurat : 245 ms

Sinopsis :

“Aku dah berusaha tapi hasilnya tak seberapa.  Apa lagi yang aku tak buat?  Semua aku dah cuba. Tapi rezeki susah nak lekat” Pernah kah anda mengalami situasi ini?  Paling tidak sekali atau dua pasti kita pernah mengomel tentang rezeki yang ada kala tidak menyebelahi.   Malah cemburu pula dengan rezeki teman-teman lain.   Seolah-olah rezeki semakin menjauh dan enggan datang kepada kita

Yakinlah, rezeki itu tidak sempit bahkan amat luas.   Cuma kitalah yang perlu memilikinya dengan usaha yang bersungguh-sungguh.  Tetapi bagaimana?  Apakah rahsia menjemput rezeki agar ia benar-benar berkesan dan menjadi?  Ya, Naskhah ini ada jawapannya.

Formula luas rezeki ini diterbitkan khusus buat mereka yang mahu keluar daripada kesempitan hidup.  Disediakan ramuan khusus sebagai praktikal untuk menjemput rezeki dan meluaskan nya dengan kaedah paling mudah, ringkas dan berkesan.  Pegang, balek dan galilah rahsia di dalam buku ini, pasti rezeki akan datang kepada anda tanpa disangka!

5.  Fundamental of investment : Market and application for Malaysian environment

Fundamentals of investment179

Pengarang : Nik Maheran Nik Muhammad

Penerbit  : Shah Alam : UPENA , 2008

Mukasurat :198 ms

Sinopsis :

Although there is a wide range of books on investment, only few ara found related to Malaysian environment.  Most of the investment books particularly  focus on the environment beyond Malaysia.   This book is our attempt to find a common ground between theories, applications and examples.  This book is also provide a guide for those who not only want to practice investment, but also to understand it well enough to develop the basic knowledge as they move along.

This publication will help students and investors to familiarize themselves with Malaysian laws on investment.  This publication is suitable for Business and Accounting undergraduate students, as well as investors who desire to know about basic investment environment in Malaysia.

6.  Global corruption

Global corruption184

Pengarang : Laurence Cockcroft

Penerbit  : London :  I. B. Tauris , 2014

Mukasurat :270 ms

Sinopsis :

Corruption has played a pivotal role in determining the current state of the world – from mass poverty in developing countries, to the destruction of natural resources and the erosion of trust in political parties.  Laurence Cockcroft here argues the corruption has to be seen as the result of the interplay between elite ‘embedded networks’ greed and organized crime.  He shows how the growth of corruption has been facilitated by globalization, the integration of new and expanding  markets into the world economy, and the rapid expension of ‘Offshore’ financial facilities.   These facilities provide a home to largely unregulated pools of finance derived from personel fortunes, organized crime and pricing malpractice in international trade.  By indentifying the main drives of corruption world-wide and anlysing  the current  action to control them, this book suggests ways in which the problems caused by corruption can be addressed and ultimately prevented

7.  Jadilah seperti PU Faiz

jadilah sepeti PU Faiz183

Pengarang : Syed Faiz al-Idrus

Imprin : Petaling Jaya : Galeri Ilmu , 2016

Mukasurat : 160 ms

Sinopsis :

Bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kita beberapa pancaindera untuk kita dapat menimba ilmu pengetahuan supaya kita hidup di atas muka bumi ini tidak kosong daripada ilmu pengetahuan.  Allah menolak kita keluar dari pada perut ibu kita dalam keadaan kita tidak tahu sedikit pun tentang ilmu, tetapi Allah telah bekalkan segara pendengaran, penglihatan, akal fikiran supaya kita menjadi orang yang bersyukur dan orang yang menggunakan segala bekalan yang dianugerahkan Allah untuk menimba ilmu.

Satu dari cara menimba ilmu adalah berguru, kerana Nabi juga berguru dengan Sayidina Jibril a. s. Wahyu yang pertama diturunkan alah All Taala melalui Jibril kepada Nabi Muhammad adalah Iqra.   Iqra (bacalah) Ya Muhammad.  Ini menunjukkan membaca itu merupakan satu cara untuk kita mendapat ilmu alternatif yang kedua selain kita membaca di hadapan guru dan berguru.

Di dalam buku Jadilah Seperti Pu Faiz ini ada beberapa soalan yang diajukan oleh anak-anak muda tentang beberapa hukum -hakam yang mereka musykilkan dan boleh jadi kita pun musykil tentang apakah hukum yang menjadikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang diajukan.   Setengah daripada soalan yang diajukan itu berkait rapat dengan segala perbuatan di dalam kehidupan seharian kita.

8.  Masa untuk Emas

Masa untuk emas177

Pengarang : Azizi Ali

Imprin  :  Kuala Lumpur : True Wealth , 2010

Mukasurat : 140 ms

Sinopsis :

Emas merupakan pelaburan terbaik dalam 10 tahun kebelakangan dengan pertumbuhan purata sebanyak 18.8 peratus setahun.  Prestasi ini mendahului saham, hartanah, bon dan wang.  Tambahan lagi , ia telah mencecah harga $1,400 baru-baru ini dan kekal melebihi $1.300 dalam beberapa minggu kebelakangan ini.  Jadi, sesuatu yang hebat sedang berlaku.  Apa yang lebih penting di sini ialah terdapat peluang and membuat duit – di sini dan sekarang.   Dalam masa yang sama, emas penuh dengan perangkap.  Sekiranya anda tersilap pilih, anda mungkin tidak mendapat apa-apa keuntungan daripadanya walaupun anda melabur dalamnya.  Bahkan anda mungkin kehilangan semua wang anda walaupun harga emas terus naik.  Jadi, anda mesti memilih dengan bijak untuk mendapat untung daripada emas.

Buku ini , yang ditulis dengan bahasa yang mudah, memberi petunjuk kepada anda bagaimana membuat keputusan dengan baik dan selamat ketika melabur dalam emas.   Objektif buku ini ialah untuk membantu anda untuk membuat keputusan yang lebih baik agar anda dapat memperoleh keuntungan dan pada masa yang sama mengelak kesilapan-kesilapan yang besar

9. Mungkinkah ini solat terakhir mu?

Mungkinkah ini solat terakhirmu186

Pengarang : Syed Alwi Alatas

Imprin : Petaling Jaya : Galeri Ilmu , 2014

Mukasurat :258 ms.

Sinopsis :

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk selalu menegakkan solat dengan penuh keikhlasan da kekhusyukan.  Dan berilah petunjuk kepada saudara-saudara kami yang belum lagi tergerak hatinya untuk tunduk sujud kepada-mu”

“Ssesungguhnya perkara pertama yang dihisab terhadap seorang hamba pada hari kiamat daripada amal perbuatannya ialah SOLATnya.  Jika solatnya baik, maka sungguh beruntung dan berjayalahdia : dan jika solatnya buruk, maka kecewa dan rugilah dia “ Hr An-Nasa.i dan at-tirmizi

Solat masih ramai bersikap acuh tak acuh, walhal ia adalah ibadah yang paling asas dan paling utama.  Ia bukan sautu pilihan, ia suatu kewajipan.   Ini adalah warisan agung.  Namun, berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menjaganya?.

Mungkinkah ini Solat terakhirmu?  Ia sebuah motivasi untuk kita bangun mendirikan solat… agar dengannya kita muncul dan berada kembali sebagai umat terbaik.

10.  Natural  products R & D : Driving high value-Added Industries.

Natural products R&D180

Pengarang : Prof. Dr. Mashitah MohdYusoff

Penerbit : Kuantan : UMP , 2013

Mukasurat : 61 ms

Sinopsis :

“The content of this monograph constitute selected research projects associated with natural product pursued over a decade and made possible by University and external research grants.  Too many people have made it possible for the projects mentioned to be carried  out to their successful conclusion.  I have had honor and privilege to work with a number of dedicated scientists, mathematicians, engineers and policymakers during that time.  I especially thank funding agencies, students, teachers and compatriots for their commitment toward the sustainability agenda.”

Prof. Dr. MashitahMohdYusoff


from Blogger http://ift.tt/2pZ63JO

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s